Jumaat, 18 Disember 2015

MIMPI YANG MASIH BELUM SELESAI
Skrip 4.5

Dari cerita yang berjaya saya selak melalui pengalaman sasaran (Boy), ketika ini saya sedang mencari layangan ilham untuk dipetik dan dihasilkan dalam bentuk karya. Sememangnya manusia seperti Boy boleh dianggap istimewa kerana berpeluang bertemu dengan pengalaman sedemikian. Saya juga merasa beruntung kerana sempat diberikan perkongsian pengalaman yang terlalu berharga bagi seorang manusia. Dan di saat ini saya terpaksa memerah minda untuk menghasilkan karya bagi pengalaman yang terlalu mahal. Boy sedaya upaya mengharapkan agar CERITA PALING PELIKnya itu dapat juga dikongsikan bersama-sama pembaca yang lain. InsyaAllah saya akan usahakan untuk melakukan serta menjaga cerita itu dengan sehabis baik bagi kepuasan dari sudut pembaca dan pencerita.

Saya hadiahkan sebuah puisi untuk pembaca.


MENJEMPUT LAYANG ILHAM

Ku hidu harum kisah
di sisi teduhan pohon jambu
berakar tinta yang tak putus
merenung sedalam huruf
kata di balik hembusan ilham
aku jemput
aku kutip
aku pungut
biar menjamah niat
dalam lampiran dada salju
helai kosong daunan kertas
bersama lapar sebuah cerita
aku jemput, aku pinang
layang ilham di sisir senja
yang ghairah menambat malam
salam pada mimpi seorang hamba
aku datang memujuk
sebuah cerita

AMNI JAGAT

Tiada ulasan: