Selasa, 29 Disember 2015

MISTERI ALAM

Dalam perjalanan bumi yang basah, saya masih lagi merenung secermat bahasa agar seluruh karya yang akan dihasilkan mampu membuatkan jiwa cerita itu hidup. Ini adalah suatu cabaran minda yang puncak dan cabaran ini perlu disahut oleh saya. Sesungguhnya bumi Malaysia ini ternyata mempunyai misterinya yang tersendiri. Khabar yang diterima, sebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia kini sudah dinaiki air dan banjir kian melanda. Misteri yang tak tersangka kian muncul kembali. Pada waktu ini saya terkenangkan bagaimana pembinaan sebuah puisi yang pernah terlahir dulu 'Bencana Datang Lagi' dihasilkan.

Namun saya akui kerja kali ini lebih mencabar dan lebih mengajar saya untuk terus berusaha. Saya suka kerja saya ini. Nantikan kemunculannya bagaimana misteri alam mimpi mampu bersatu dengan misteri alam sebenar dalam karya SKRIP 4. Saya juga sedang mempersiapkan beberapa karya lain dalam SKRIP sebelumnya. Saya akui memang masa adalah tekanan yang sedang memburu saya.

Persiapan untuk kembara SKRIP 5 pun sedang saya susunkan. Dan persiapan ini adalah bertujuan untuk merungkai cerita selanjutnya dalam pembikinan CERITA PALING PELIK. Saya boleh merasakan bahawa kembara akan datang ini akan lebih mencabar. Ia perlu dirungkai agar segala misteri dan perkara pelik ini mampu membuatkan pembaca mencari ertinya yang tersendiri.

Tiada ulasan: